M U S L I M A H ;
ABOUT ENTRY INFO TWITER FACEBOOK ASK.FM
#3 Perjalanan Hijrahku
Friday 29 November 2013 • 06:32 • 0 comments

Dengan berkat Illahi, Alhamdulillah aku masih dikurniakan nyawa untuk beramal kepadaNya. Berhijrah bukanlah sesuatu yang mudah kerana memerlukan ketabahan dan keikhlasan. Dalam perjalanan hijrahku kali ini, semakin lama aku berhijrah semakin banyak dugaan yang mendatang. Cukup tabahkah aku untuk harungi semua ini? Wahai hati, ikhlas kah kau kini? Atau mungkin aku hanya ingin berpura pura baik? Baik kah aku? Ini lah persoalan yang selalu bermain di fikiran aku dan semestinya di fikiran orang lain juga. Memang aku tak sebaik, sesetia dan sekuat agama nya seperti Rasulullah saw. Namun aku tidaklah seteruk Abu Jahal yang tegar membunuh anak perempuannya sendiri.

Aku juga ada kelemahan. Kata orang, seribu kebaikan yang ditabur tak dapat melenyapkan satu kesalahan yang dilakukan. Tapi itu bagi manusia. Namun bagi Allah swt, walau beribu mana pun dosa seseorang hambaNya dan jika hambaNya benar ingin bertaubat, segalanya dosa itu akan lenyap. Tengoklah betapa sayangnya Allah swt kepada hambaNya. Ada hambaNya yang meraih cinta yang tak pasti sehingga sanggup menggadaikan apa sahaja untuk pasangannya. Dan ada juga hambaNya yang terjebak ke dalam jurang syaitan yang dianggapnya penuh kenikmatan. Itu semua pebuatan syaitan yang menghasut dan akhirnya pasti hambaNya itu akan menyesal atas perbuatannya. Pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk hambaNya.

Ejekan, hinaan dan cacian bukanlah suatu perkara yang asing bila berhijrah. Bergantung juga kepada situasi persekitaran kita yang pelbagai. Tapi walau apa pun yang terjadi ketika berhijrah, aku syorkan kepada korang semua untuk ingat Allah swt selalu dan yakin bahawa Dia sentiasa ada bersama kita.. memerhatikan kita.. mendengar perbicaraan kita.. menguji kita.. dan menemani kita selalu.. In Shaa Allah semuanya akan baik baik sahaja. Allah swt pasti akan bantu :)



PAST
MY WORDS;
HAI , i from pluto . My UFO was break down , My age 11200 years old, i have 12 mother . my birth date 12/12/2090 . i just want to say behave with me because i have 2 pair screw driver as my hand . bhaha..



GIVE ME YOUR WORDS;